Saturday, 3 March 2012
Monday, 27 February 2012
OLAHRAGA (LARI PECUT)
SEJARAH
Lari
pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang
pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan
di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut
menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula
dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan
panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan
dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian
bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.
Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan
disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang
tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex
digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan
lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan
peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat.
Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana
yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara
permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua
pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan
sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet
berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan
persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di
Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921
kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk
wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100
meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari
Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula
adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik
tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi
oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan
orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan
dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang
rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long
adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh
Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari
Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah
diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan
catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya
mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.
PERKEMBANGAN OLAHRAGA DAN LARI PECUT
PERKEMBANGAN OLAHRAGA DAN LARI PECUT
Sejarah
perkembangan lari pecut mempunyai kaitan dengan keperluan aktiviti fizikal yang
bermula pada penghujung tahun 1800. Ketika lari pecut merupakan aktiviti
fizikal yang dijadikan salah satu acara yang dipertandingkan. Pada tahun 1912,
Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) ditubuhkan untuk menyelaraskan
program, aspek teknikal, peralatan, dan rekod dunia dalam acara olahraga.
Di Malaysia, organisasi olahraga yang paling
awal ditubuhkan ialah di Ipoh iaitu pada tahun 1906. Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia (KOAM) ditubuhkan selaras dengan perkembangan olahraga iaitu pada
tahun 1952 untuk mengendalikan sukan olahraga. Aktiviti olahraga bagi peringkat
sekolah pula dikendalikan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM),
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Daerah (MSSD). Lari pecut merupakan salah satu acara balapan dalam olahraga.
Umumnya, acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter dianggap sebagai acara lari
pecut. Sebelum menggunakan sistem metrik, jarak larian dikira dalam ela.
PENEMPATAN BLOK PERMULAAN YANG LEBIH
TEPAT
Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice, to championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.
Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah
Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ × 0.55
Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42
Contoh = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.30 cm
Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm
Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice, to championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.
Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah
Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ × 0.55
Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42
Contoh = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.30 cm
Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm
ukuran
balapan/trek 200m
PENEMPATAN
BIOK DI SELEKOH
Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam .
Aktiviti drilling sebelum memulakan lari pecut :
Sebagai seorang pelari pecut, kita hendaklah
menguasai teknik larian dahulu selain memerlukan tahap kelajuan yang baik
KEMAHIRAN DALAM LARI PECUT
Terdapat
empat fasa dalam lari pecut, iaitu:
i)
Fasa permulaan
ii)
Fasa
berlepas
iii)
Fasa
pecutan
iv)
Fasa
penamat
Seseorang yang dapat menguasai keempat-empat
fasa di atas dengan baik akan menjadi seorang pelari yang baik. Setiap fasa
yang dinyatakan di atas mempunyai teknik-teknik tertentu untuk melakukannya.
i) FASA PERMULAAN - Permulaan yang baik dapat
membantu seseorang pelari pecut dalam lariannya. - Teknik gaya dekam biasanya
digunakan dalam permulaan larian. - Gaya dekam terbahagi kepada tiga cara,
iaitu:
a.
Cara peluru/pendek- Berdiri rapat dengan garisan dan mengira 2 atau 1 ½ tapak.
- Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. - Ruang
diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk
. b.
Cara sederhana - Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 ½ tapak. - Lutut
tapak kaki belakang segaris dengan dengan hujung tapak kaki hadapan. - Ruang
diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk.
c.
Cara panjang - Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 ½ tapak. - Lutut
tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. - Ruang diantara
dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk.
Untuk memulakan larian pecut, murid perlulah
didedahkan dengan kemahiran-kemahiran awal lari pecut atau lebih dikenali
sebagai ansur maju dalam lari pecut. - Latihan ansur maju terdiri daripada
latihan mendorong, latihan teknik pecut, latihan kekuatan kaki, dan latihan
pecutan.
Latihan teknik pecut ialah seperti berkumpulan
berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke
paras hidung. Kemudian, berlari dengan melangkah panjang. Latihan seterusnya
ialah berjalan dengan lutut tinggi, berlari dalam kumpulan, dan mengangkat
lutut. Latihan berikutnya perlulah lebih kompleks seperti berjalan dengan lutut
tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari skip dengan
bahagian bawah kaki diluruskan, berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan
bahagian bawah kaki diluruskan, berlari menyepak ke belakang, berlari dengan
lutut tinggi dan memecut. - Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan bermula
dengan melonjak untuk jarak. Seterusnya ialah melangkah panjang (bounding).
Latihan ini semakin kompleks apabila murid didedahkan dengan latihan untuk
melonjak dan melangkah melepasi halangan, melompat, memusing, mendekam, dan
memecut.kemudian secara berpasangan, murid dikehendaki berlari dengan halangan
oleh tarikan rakan dengan menggunakan sebarang alatan seperti kain dan
sebagainya.
Fasa permulaan juga terdiri daripada 2
peringkat,iaitu:
i.
peringkat ke garisan - jarak yang sesuai dari
garisan mula dengan bahagian hadapan dan belakang blok permulaan. - kaki
dominan diletakkan di bahagian hadapan blok permulaan. - jari diletakkan di
belakang garisan mula mengikut keselesaan. kedudukan tangan melebihi luas bahu dan dalam
keadaan selesa. - bahu ke hadapan sedikit. - tangan lurus tetapi dalam keadaan
selesa. - kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang belakang. -
fokuskan mata ke hadapan (satu hingga dua meter ke hadapan). - kawal
pernafasan.
ii.
peringkat sedia - kawal pernafasan - pinggul
diangkat perlahan-lahan sehingga melebihi aras bahu. - kepala dan leher dalam
satu garisan dengan tulang belakang. - fokuskan mata ke hadapan. . - bahu ke
hadapan sedikit daripada tangan. - lutut kaki hadapan membuat sudut 90 darjah.
- lutut kaki belakang membuat sudut 120 darjah. - kaki ditolak kuat pada blok
permulaan
.
ii) FASA BERLEPAS - Fasa ini merupakan suatu tindakan eksplosif di mana sebaik
sahaja pelari mendengar isyarat mula atau bunyi letupan pistol. - Seperti fasa
permulaan, fasa berlepas juga mempunyai teknik-teknik tertentu untuk menjadi
seorang pelari pecut yang baik. - Teknik fasa berlepas ialah:
i.
kaki hadapan diluruskan serta-merta dan lutut
kaki belakang dibawa ke hadapan.
ii.
tangan
diayun untuk mengimbangi aksi kaki.
iii.
badan
masih lagi membongkok ke hadapan lima hingga enam meter yang pertama.
iv.
elakkan daripada melompat ke hadapan untuk
langkah pertama.
. FASA PECUTAN - Biasanya, fasa ini berlaku
apabila pelari telah berlari sejauh 40 meter dari blok permulaan. Fasa ini dikekalkan
kadar pecutannya sehingga ke garisan penamat. - Teknik bagi fasa pecutan ialah:
i.
langkahan semakin panjang dan lutut tinggi.
ii.
berlari di atas bebola kaki.
iii.
bengkokkan siku kira-kira 90 darjah.
FASA PENAMAT - Fasa penamat merupakan fasa
terakhir dalam lari pecut. Perhatian perlu dititikberatkan semasa menghampiri
garisan penamat. - Teknik fasa penamat ialah:
i.
terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan
sehingga melepasi garisan penamat.
ii.
bahagian dada atau torso dibawa ke hadapan.
iii.
badan
dicondongkan sedikit.
Umumnya larian 200 meter mempunyai
empat fasa larian seperti berikut:
1. Permulaan yang
dilakukan di garisan permulaan yang disediakan khas untuk acara ini , dengan
pelari yang berlari di lorong luar paling luar kelihatan berada pada kedudukan
yang paling hadapan, walaupun pada hakikatnya jarak untuk semua pelari adalah
sama.
2. Kemahiran berlari di
selekoh harus ada pada setiap pelari 200 meter. Ketika melakukan pecutan di
selekoh pelari cenderung mencondongkan badannya ke dalam sehingga menyebabkan
sudut kedudukan tubuhnya dengan aras padang menjadi lebih kecil. Caranya ialah
kaki kanan disokong dan dibantu oleh kaki kiri semasa mengambil selekoh.
3. Selepas melepasi
selekoh pelari akan berlari di lorong lurus pula yang jaraknya lebih kurang 120
meter. Ini bermakna pelari perlu mengimbangi semula badannya supaya keseimbangan
tengah badan dapat diperolehi. lni merupakan satu situasi yang sukar kerana
gaya larian terpaksa diubah. Di situ kaedah larian untuk 100 meter boleh
digunakan, walaupun kebanyakan pelari mula memperlahankan lariannya disebabkan
tidak dapat mengekalkan kelajuan yang tinggi sepanjang Iariannya.
4. Lorong lurus untuk 200
meter adalah bahagian yang memerlukan kemantapan atau kekuatan mental yang
tinggi. Sebaiknya pelari hendaklah mengekalkan kelajuan lariannya supaya
kepantasan tertinggi dicapai sehingga ke garisan penamat. Cara menamatkan
larian adalah sama seperti acara 100 meter, iaitu dengan menghulurkan bahagian
dada pelari ke hadapan seboleh mungkin.
ASPEK KESELAMATAN DALAM LARIAN PECUT.
i.
lakukan aktiviti memanaskan badan yang
dimulakan dengan berjoging dan regangan.
ii.
tingkatkan intensiti senaman dengan langkah
yang panjang dan pantas, lari pecut jarak dekat dan latihan fasa permulaan.
iii.
amalkan latihan untuk meningkatkan tahap
kecergasan fizikal terutamanya komponen kekuatan otot, kuasa dan kelajuan..
iv.
pakai
pakaian yang sesuai dan bebas.
v.
gunakan kasut khas (spike) yang sesuai dengan
permukaan balapan.
vi.
pastikan kawasan tempat berlari luas dan bebas
daripada benda-benda yang berbahaya.
UNDANG-UNDANG
DAN PERATURAN LARI PECUT
i.
jika permulaan batal, pelepas-ulang menembak
pistol sekali lagi serta-merta dan memanggil semula semua pelari.
ii.
peserta yang melakukan kesilapan diberi
amaran.
iii.
permulaan
yang baru akan dilakukan.
iv.
jika
peserta yang sama melakukan kesilapan, dia akan disingkirkan daripada
bertanding.
v.
peserta hendaklah berlari di lorong
masing-masing.
Ciri-ciri
sistem tenaga untuk pelari pecut.
Tenaga
yang diperlukan bagi aktiviti fizikal adalah lebih tinggi berbanding dengan
tenaga yang diperlukan semasa rehat. Peningkatan aktiviti fizikal memerlukan
lebih banyak tenaga. Sebagai contoh semasa berlari pecut, tenaga yang digunakan oleh otot
yang aktif adalah 100 kali lebih tinggi daripada tenaga semasa rehat. Aktiviti
yang berintensiti rendah seperti maraton, memerlukan tenaga sehingga 20 hingga
30 kali ganda daripada semasa rehat. Oleh itu penggunaan tenaga bergantung
kepada intensiti, masa latihan dan tahap kecergasan individu.
Anaerobik alaktik
Aktiviti
yang melibatkan masa yang singkat dan berintensiti tinggi seperti lari pecut
100 meter memerlukan tenaga serta merta
yang dibekalkan daripada penguraian Adinosina Trifosfat (ATP) dan Fosfokreatin
(PC). Jumlah ATP yang dapat disimpan adalah sedikit mengakibatkan pengurangan
tenaga berlaku dengan cepat apabila aktiviti yang berintensiti tinggi
dilakukan. Simpanan ATP pada otot rangka adalah sedikit. Simpanan ini akan
berkurangan dengan cepat apabila aktiviti berintensiti tinggi dilakukan. Tenaga
hanya boleh dibekalkan bagi tempoh 10 saat.
Anaerobik laktik
Apabila
aktiviti berintensiti tinggi terpaksa berterusan melebihi 10 saat, sumber
tenaga adalah daripada glikogen yang disimpan pada otot-otot rangka dan hepar
(hati). Proses penghasilan tenaga ini dikenali sebagai glikolisis anaerobik.
Glukos
atau asid lemak + triglycerides + 02 → C0 2 + H 2 O + haba
BIBLIOGRAFI
1. Dilawati pada 11 Mac 2009 daripada laman
web http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-
aplikasi/
3. Idris bin Mohamed, Shaharudin bin Abd.
Aziz, dan Zamry bin Ahmad (2002), Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tingkatan 1, terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)