Monday 27 February 2012

OLAHRAGA (LARI PECUT)



SEJARAH
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

 PERKEMBANGAN OLAHRAGA DAN LARI PECUT
Sejarah perkembangan lari pecut mempunyai kaitan dengan keperluan aktiviti fizikal yang bermula pada penghujung tahun 1800. Ketika lari pecut merupakan aktiviti fizikal yang dijadikan salah satu acara yang dipertandingkan. Pada tahun 1912, Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) ditubuhkan untuk menyelaraskan program, aspek teknikal, peralatan, dan rekod dunia dalam acara olahraga.
 Di Malaysia, organisasi olahraga yang paling awal ditubuhkan ialah di Ipoh iaitu pada tahun 1906. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) ditubuhkan selaras dengan perkembangan olahraga iaitu pada tahun 1952 untuk mengendalikan sukan olahraga. Aktiviti olahraga bagi peringkat sekolah pula dikendalikan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD). Lari pecut merupakan salah satu acara balapan dalam olahraga. Umumnya, acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter dianggap sebagai acara lari pecut. Sebelum menggunakan sistem metrik, jarak larian dikira dalam ela.

PENEMPATAN BLOK PERMULAAN YANG LEBIH TEPAT
Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice, to championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.


Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah
Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ × 0.55
Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42

Contoh = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.30 cm
Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm


ukuran balapan/trek 200m

PENEMPATAN BIOK DI SELEKOH

Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam .

Aktiviti  drilling sebelum memulakan lari pecut :




                                                                                         


     




 Sebagai seorang pelari pecut, kita hendaklah menguasai teknik larian dahulu selain memerlukan tahap kelajuan yang baik


 KEMAHIRAN DALAM LARI PECUT  
Terdapat empat fasa dalam lari pecut, iaitu:
i)             Fasa permulaan
ii)             Fasa berlepas
iii)            Fasa pecutan
iv)            Fasa penamat
 Seseorang yang dapat menguasai keempat-empat fasa di atas dengan baik akan menjadi seorang pelari yang baik. Setiap fasa yang dinyatakan di atas mempunyai teknik-teknik tertentu untuk melakukannya.
 i) FASA PERMULAAN - Permulaan yang baik dapat membantu seseorang pelari pecut dalam lariannya. - Teknik gaya dekam biasanya digunakan dalam permulaan larian. - Gaya dekam terbahagi kepada tiga cara, iaitu:
a. Cara peluru/pendek- Berdiri rapat dengan garisan dan mengira 2 atau 1 ½ tapak. - Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. - Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk
. b. Cara sederhana - Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 ½ tapak. - Lutut tapak kaki belakang segaris dengan dengan hujung tapak kaki hadapan. - Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk.
c. Cara panjang - Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 ½ tapak. - Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. - Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk.

 Untuk memulakan larian pecut, murid perlulah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran awal lari pecut atau lebih dikenali sebagai ansur maju dalam lari pecut. - Latihan ansur maju terdiri daripada latihan mendorong, latihan teknik pecut, latihan kekuatan kaki, dan latihan pecutan.

 Latihan teknik pecut ialah seperti berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung. Kemudian, berlari dengan melangkah panjang. Latihan seterusnya ialah berjalan dengan lutut tinggi, berlari dalam kumpulan, dan mengangkat lutut. Latihan berikutnya perlulah lebih kompleks seperti berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari menyepak ke belakang, berlari dengan lutut tinggi dan memecut. - Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan bermula dengan melonjak untuk jarak. Seterusnya ialah melangkah panjang (bounding). Latihan ini semakin kompleks apabila murid didedahkan dengan latihan untuk melonjak dan melangkah melepasi halangan, melompat, memusing, mendekam, dan memecut.kemudian secara berpasangan, murid dikehendaki berlari dengan halangan oleh tarikan rakan dengan menggunakan sebarang alatan seperti kain dan sebagainya.

 Fasa permulaan juga terdiri daripada 2 peringkat,iaitu:
i.              peringkat ke garisan - jarak yang sesuai dari garisan mula dengan bahagian hadapan dan belakang blok permulaan. - kaki dominan diletakkan di bahagian hadapan blok permulaan. - jari diletakkan di belakang garisan mula mengikut keselesaan.  kedudukan tangan melebihi luas bahu dan dalam keadaan selesa. - bahu ke hadapan sedikit. - tangan lurus tetapi dalam keadaan selesa. - kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang belakang. - fokuskan mata ke hadapan (satu hingga dua meter ke hadapan). - kawal pernafasan.
ii.             peringkat sedia - kawal pernafasan - pinggul diangkat perlahan-lahan sehingga melebihi aras bahu. - kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang belakang. - fokuskan mata ke hadapan. . - bahu ke hadapan sedikit daripada tangan. - lutut kaki hadapan membuat sudut 90 darjah. - lutut kaki belakang membuat sudut 120 darjah. - kaki ditolak kuat pada blok permulaan
. ii) FASA BERLEPAS - Fasa ini merupakan suatu tindakan eksplosif di mana sebaik sahaja pelari mendengar isyarat mula atau bunyi letupan pistol. - Seperti fasa permulaan, fasa berlepas juga mempunyai teknik-teknik tertentu untuk menjadi seorang pelari pecut yang baik. - Teknik fasa berlepas ialah:
i.              kaki hadapan diluruskan serta-merta dan lutut kaki belakang dibawa ke hadapan.
ii.             tangan diayun untuk mengimbangi aksi kaki.
iii.            badan masih lagi membongkok ke hadapan lima hingga enam meter yang pertama.
iv.            elakkan daripada melompat ke hadapan untuk langkah pertama.
.  FASA PECUTAN - Biasanya, fasa ini berlaku apabila pelari telah berlari sejauh 40 meter dari blok permulaan. Fasa ini dikekalkan kadar pecutannya sehingga ke garisan penamat. - Teknik bagi fasa pecutan ialah:
i.              langkahan semakin panjang dan lutut tinggi.
ii.             berlari di atas bebola kaki.
iii.            bengkokkan siku kira-kira 90 darjah.
 FASA PENAMAT - Fasa penamat merupakan fasa terakhir dalam lari pecut. Perhatian perlu dititikberatkan semasa menghampiri garisan penamat. - Teknik fasa penamat ialah:
i.              terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan sehingga melepasi garisan penamat.
ii.             bahagian dada atau torso dibawa ke hadapan.
iii.            badan dicondongkan sedikit.

Umumnya larian 200 meter mempunyai empat fasa larian seperti berikut:

1.   Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan khas untuk acara ini , dengan pelari yang berlari di lorong luar paling luar kelihatan berada pada kedudukan yang paling hadapan, walaupun pada hakikatnya jarak untuk semua pelari adalah sama.

2.   Kemahiran berlari di selekoh harus ada pada setiap pelari 200 meter. Ketika melakukan pecutan di selekoh pelari cenderung mencondongkan badannya ke dalam sehingga menyebabkan sudut kedudukan tubuhnya dengan aras padang menjadi lebih kecil. Caranya ialah kaki kanan disokong dan dibantu oleh kaki kiri semasa mengambil selekoh.

3.   Selepas melepasi selekoh pelari akan berlari di lorong lurus pula yang jaraknya lebih kurang 120 meter. Ini bermakna pelari perlu mengimbangi semula badannya supaya keseimbangan tengah badan dapat diperolehi. lni merupakan satu situasi yang sukar kerana gaya larian terpaksa diubah. Di situ kaedah larian untuk 100 meter boleh digunakan, walaupun kebanyakan pelari mula memperlahankan lariannya disebabkan tidak dapat mengekalkan kelajuan yang tinggi sepanjang Iariannya.

4.   Lorong lurus untuk 200 meter adalah bahagian yang memerlukan kemantapan atau kekuatan mental yang tinggi. Sebaiknya pelari hendaklah mengekalkan kelajuan lariannya supaya kepantasan tertinggi dicapai sehingga ke garisan penamat. Cara menamatkan larian adalah sama seperti acara 100 meter, iaitu dengan menghulurkan bahagian dada pelari ke hadapan seboleh mungkin.
ASPEK KESELAMATAN DALAM LARIAN PECUT.
i.              lakukan aktiviti memanaskan badan yang dimulakan dengan berjoging dan regangan.
ii.             tingkatkan intensiti senaman dengan langkah yang panjang dan pantas, lari pecut jarak dekat dan latihan fasa permulaan.
iii.            amalkan latihan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal terutamanya komponen kekuatan otot, kuasa dan kelajuan..
iv.            pakai pakaian yang sesuai dan bebas.
v.             gunakan kasut khas (spike) yang sesuai dengan permukaan balapan.
vi.            pastikan kawasan tempat berlari luas dan bebas daripada benda-benda yang berbahaya.
 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LARI PECUT
       i.        jika permulaan batal, pelepas-ulang menembak pistol sekali lagi serta-merta dan memanggil semula semua pelari.
     ii.        peserta yang melakukan kesilapan diberi amaran.
    iii.         permulaan yang baru akan dilakukan.
    iv.         jika peserta yang sama melakukan kesilapan, dia akan disingkirkan daripada bertanding.
     v.         peserta hendaklah berlari di lorong masing-masing.  
Ciri-ciri sistem tenaga untuk pelari pecut.
Tenaga yang diperlukan bagi aktiviti fizikal adalah lebih tinggi berbanding dengan tenaga yang diperlukan semasa rehat. Peningkatan aktiviti fizikal memerlukan lebih banyak tenaga. Sebagai contoh semasa  berlari pecut, tenaga yang digunakan oleh otot yang aktif adalah 100 kali lebih tinggi daripada tenaga semasa rehat. Aktiviti yang berintensiti rendah seperti maraton, memerlukan tenaga sehingga 20 hingga 30 kali ganda daripada semasa rehat. Oleh itu penggunaan tenaga bergantung kepada intensiti, masa latihan dan tahap kecergasan individu.
Anaerobik alaktik
Aktiviti yang melibatkan masa yang singkat dan berintensiti tinggi seperti lari pecut 100 meter  memerlukan tenaga serta merta yang dibekalkan daripada penguraian Adinosina Trifosfat (ATP) dan Fosfokreatin (PC). Jumlah ATP yang dapat disimpan adalah sedikit mengakibatkan pengurangan tenaga berlaku dengan cepat apabila aktiviti yang berintensiti tinggi dilakukan. Simpanan ATP pada otot rangka adalah sedikit. Simpanan ini akan berkurangan dengan cepat apabila aktiviti berintensiti tinggi dilakukan. Tenaga hanya boleh dibekalkan bagi tempoh 10 saat.

Anaerobik laktik
Apabila aktiviti berintensiti tinggi terpaksa berterusan melebihi 10 saat, sumber tenaga adalah daripada glikogen yang disimpan pada otot-otot rangka dan hepar (hati). Proses penghasilan tenaga ini dikenali sebagai glikolisis anaerobik.
Glukos atau asid lemak + triglycerides + 02 → C0 2 + H 2 O + haba    


 BIBLIOGRAFI
2. Dilawati pada 11 Mac 2009 daripada laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/100_meter
 3. Idris bin Mohamed, Shaharudin bin Abd. Aziz, dan Zamry bin Ahmad (2002), Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan  Tingkatan 1, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.